Penulisan Abdullah Ahmad

Wartawan The Sun, Malaysia menganggap Abdullah Ahmad mempunyai 9 nyawa kerana peranan dan tulisannya masih diperlukan dari era Tun Razak, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi. Beliau merupakan seorang yang cukup berstail dalam penulisan profail politik Malaysia semasa. Tulisannya pernah menimbulkan kerumitan hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi. Beliau juga dilihat sebagai pengampu Tun Dr Mahathir Mohamad malah dianggap sebagai "budak jahat" oleh musuhnya. Beliau dianggap 'pengimbang' pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah di Malaysia khususnya di Kelantan. Perpecahan dan pergeseran pemimpin UMNO Kelantan menyebabkan kerajaan PAS dapat didirikan di Kelantan pada tahun 1990.

Ceramahnya yang bertajuk Ketuanan Melayu yang disampaikan di Singapura mencetuskan polemik yang berpanjangan pada tahun 1986.

Buku hasil tulisan beliau :

  • On the Record
  • The Dairy
  • Berani Tanpa Segan - Penerbit Grup Buku Karangkraf, 2012 (kompilasi rencana beliau di akhbar SinarHarian 2009-2011)